Monday, 7 January 2013

BARAH PARU - PARU


Barah paru-paru adalah pembunuh no 1 manusia.yang meningkat dari setahun ke setahun. Ini kerana paru-paru merupakan organ pada sistem pernafasan dan berhubungan dengan sistem peredaran darah. Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. barah tejadi apabila sel di bahagian paru-paru muncul pada bahagian organ paru-paru. barah paru-paru boleh dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu:-
  • karsinoma sel kecil - ia berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, kes ini lambat didiagnosiskan.

  • karsinoma sel bukan kecil - ia termasuk dalam karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma se besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma. 

Faktor Risiko Mendapat barah Paru-paru
Antara faktor yang menjurus kepada penyakit barah paru-pari ialah:-
  • Merokok mahupun pendedahan pada asap rokok.- mereka yang menghisap rokok lebih mudah mendapat barah paru-paru di bandingkan dengan mereka yang menghisap cerut atau paip
  • Pendedahan pada bahan kimia. - Pendedahan pada bahan kimia seperti bahan kimia perindustrian boleh juga mambawa kepada penyakit barah paru-paru.
  • Selain itu, faktor ganetik juga boleh mempengaruhi penyakit ini.
Simptom barah Paru-paru
Tanda-tanda awal yang menunjukan seseorang itu berkemungkinan akan menghidap penyakit barah paru-paru ialah:-
  • Batuk berdarah
  • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
  • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
  • Suara menjadi kasar
  • badan menjadi lesu dan susut berat badan
  • sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang.
Untuk langkah pencegahan, anda digalakkan berhenti menghisap rokok kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat barah paru-paru selepas 10 tahun akan datang.

Punca barah Paru-paru
Menurut kajian tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya barah paru-paru. Kebanyakkan pesakit barah paru-paru adalah dari penghisap rokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan pendedahan pada bahan kimia juga turut meyumbang dalam penyakit barah paru-paru ini. Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca barah paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu



cube tgk pic ni..rs nye sume org penah tgk kan ..pic cam ni sll ade kat kotak2 rokok..tp xde sape pun yg hiraukan pic ni...


MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT :)

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Nuramirah Rozamri. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa