skip to main |
skip to sidebar
MAAFKAN IBU KERANA IBU TIDAK SEMPURNA NAK
Assalammualaikum....ary ni sy just nak kongsi 1 cite ngan sume org..cerita ni saya terbaca masa saya bukak fb td..saya tertanya tanya,bagaimana kah seorg anak yang dulunya di kandung,disusukan dan dipelihara bagai menatang minyak yg penuh boleh memperlakukan ibu kandung sendiri seperti orang asing
Kisah
ini teramat sedih lagi menyayat hati . JANGAN BACA jika anda tidak kuat
hati . Jika mahu membacanya juga , sediakan tisu ditepi , tabahkan hati
. Jadikan pengajaran & iktibar .
" MAAFKAN IBU KERANA IBU TIDAK SEMPURNA NAK "
Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas
harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga
kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah
untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan
ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan
darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya
ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh
itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu
menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati
saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak
berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana
aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan
perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar
bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke
Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan
mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.
Suatu hari
ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan
tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!" KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.....
Satu hari
surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke
rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi
untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke
rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang
ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!! Jiran
itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku
membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu
setiap masa…Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah
menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan
pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk
berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa
kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu
masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu
mata... Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat
berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu
ini……Dengan kasihku kepadamu……IBUMU…
Sabda Rasullah:
Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa.
Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian
ayahmu!
♥ jangan lupa kemukakan LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥ SLAMAT MEMBACA
♥ Copyright © 2013 reserved to Nuramirah Rozamri. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa ♥
touching =( . aku kadang kdang marah juga ibu aku bila aku penat balik sekolah .sobbbb ~
ReplyDelete